Posts

·˚ ◌༘₊· ͟͞꒰➳ Kemudahan yang disediakan di Sabah Tea, Ranau !!

Image
  『 ↳✧・゚ Tea House   ;  Sabah Tea juga menyediakan tempat makan dan minum. Makanan dan minuman disediakan berasaskan teh. Bagi  penggemar minum teh hijau, datanglah ke Sabah Teh untuk menikmati teh hijau yang segar. Walaupun harganya sedikit mahal, ia tetap berbaloi. Rasa Sabah Teh yang ada di dalam makanan dan minuman itu sangat kuat dan sedap. 『 ↳✧・゚ Tempat penginapan  ;  Sabah Tea juga menyediakan tempat penginapan bagi kemudahan pelancong yang berkunjung. Pelancong boleh memilih sama ada ingin bermalam di rumah panjang tradisional atau tempat penginapan yang lain. Selain itu, terdapat juga tapak perkemahan yang disediakan kepada pengunjung yang bermalam di luar sambil merasai suasana malam di kawasan ladang tersebut.

·˚ ◌༘₊· ͟͞꒰➳ Manfaat berkunjung ke Sabah Teh, Ranau

Image
    Terdapat banyak manfaat berkunjung ke ladang teh ini. Antaranya, kita boleh melihat bagaimana teh dipetik dan juga cara daun teh diproses. Kita boleh melawat sekitar ladang dan kilang pemprosesan daun teh. Dengan cara itu, kita boleh belajar cara memproses teh  (jalan sambil belajar ). Sabah Tea juga mempunyai banyak tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Antaranya ialah.. 『 ↳✧・゚ Sabah Tea Love Teapot ;   『 ↳✧・゚ Perkataan " I  ♡  Sabah Tea "  ; 『 ↳✧・゚ Snap a shot with Mount Kinabalu   ;      Selain itu, kita juga boleh berjalan-jalan di rumah pokok dan laluan kanopi yang terdapat disitu. Harga untuk menaiki rumah pokok (  Tree House and Canopy Walk ) ialah RM 5 untuk orang dewasa, manakala untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah pula RM 3, berbaloi bukan ? Bagi pelancong diluar sana yang takut akan ketinggian, inilah masanya untuk mencuba perkara baharu dan melawan perasaan ego dan takut yang ada di dalam diri.  『 ↳✧・゚ Tree House and Canopy Walk  ;     Se

·˚ ◌༘₊· ͟͞꒰➳ Keistimewaan dan keunikan Sabah Teh, Ranau

Image
    Di Sabah juga terdapat tarikan istemewa seperti Cameron Higland, iaitu Ladang Teh yang terletak di Ranau. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo.  Ladang ini juga mempunyai permandangan yang sangat indah  dan dapat memberikan ketenangan. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar Raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu. Selain itu, ladang teh ini juga mempunyai tanah yang luas dan menyebabkan banyak pelancong datang ke ladang ini.

·˚ ◌༘₊· ͟͞꒰➳ Latar Belakang Sabah Tea, Ranau !!

Image
   Pada tahun 1976, kerajaan negeri Sabah telah mewartakan tanah seluas 6,200 ekor di Kg Nalapak, Ranau kepada Koperasi Pembangunan Desa [ KPD ]. Pada 26 April 1978, tanah itu kemudiannya ditukar menjadi ladang teh dan dimasukkan ke dalam Sabah Tea Sdn Bhd. Pembukaan ladang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pada 19 Februari 1984. Pada tahun 1987, pengurusan Sabah Tea telah bersatu dengan sebuah syarikat British untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Dengan penyatuan itu, Teh Sabah boleh menyumbang kepada kerajaan dalam industri perladangan sebagai ukuran daya saing dengan ladang teh lain. Walau bagaimanapun, sejak 1997, Yee Lee Corporation Bhd telah mengambil bahagian keseluruhan Sabah Tea Sdn Bhd dan Desa Tea Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Malaysia Barat Ipoh, Perak yang mengkhusus dalam pembuatan, eksport dan penjualan produk tempatan dan antarabangsa.